Pemeriksaan biasanya ambil 15 minit untuk joran dan 30 hingga 45 minit untuk kekili kerana Wei Ming buka setiap kekili sepenuhnya. Untuk barang konsainan, anda boleh tunggu di kedai atau tinggalkan dan terima laporan melalui WhatsApp.
Apa yang kami tak terima: barang tiruan atau yang disyaki dicuri, joran yang patah dan disambung, kekili yang terendam air laut lama sehingga gear berkarat teruk, peralatan yang direka untuk kaedah tangkapan yang merosakkan seperti pukat bermata halus, dan bateri litium yang bengkak.
Dokumen: kad pengenalan untuk jual tunai dan konsainan pertama. Untuk barang bernilai RM 1,000 ke atas, resit asal membantu tetapi tidak wajib.